Wednesday, November 25, 2009


Tahniah....... pasukan softball under 16 pahang juara lelaki dan naib juara perempuan di Ipoh...... kedua2 pasukan final ngan terengganu........huhuhuuu

Friday, November 13, 2009

lama x update........


SALAM SAYANG UTK SEMUA DRP KAKAK & ADIK.........


huhuhu.......... lama dah x update.......... hehehehee........

Sunday, September 13, 2009

HOC & Accordburuk.....


majlis berbuka puasa anjuran HOC & accordburuk pada 11 sept 09 ........... huhu....... member kiter mkn smp x igt dunia dah....... apa2 thanks 4 all.......... thn dpn wat lagi.........hehehehe





antara jentera honda yg hadir.......... huhuhu

Tuesday, September 1, 2009

pesan atok 12....... Loghat mana lebih munasabah??.......

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

pesan atok 11- tidak akan dihukum......

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?

Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.

Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.


adooii lar........ huhuhu

Friday, July 31, 2009

berita sedih......

pengumuman tutup premis oleh Dr wan utk smart selama seminggu apabila 1 kes H1N1 dikesan....... sedih jgk sbb bdk2 nak trial pmr............ apa pun kita doakan agar semuanya selamat........amin.......

Sunday, July 26, 2009

H1N1........


lebih kurang 100 org pelajar & guru dikenakan ujian saringan H1N1........ doakan semuanya selamat supaya dpt menjalani persekolahan seperti biasa.......... insyaallah........ amin........

Sunday, July 19, 2009

artis popular...... huhuhu

yg nih geng2 old skoll jd artis........ hehehe..... nih mase sambutan ari guru....... just 4 fun........ cayok2 aaahhhh............ hehehe........

Monday, July 13, 2009

pinang kadok......... mieung khum............

Hari ni geng2 old skoll pakat pekena pinang kadok @ mieung khum........... hahahaha.......... yg x penah mkn pn blasah jer......... hehehe.......

Wednesday, July 8, 2009

pesan atok 10............. tahukah anda..........

Einstein yang hanyalah seorang kerani am sebelum mengubah persepsi dunia sains dengan teori-teori sains terpenting di abad ini.

Stephen Hawking seorang ahli saintis yang terunggul abad ini dengan penemuan teori Big Bang walaupun lumpuh kerana menghidap penyakit saraf.

J.K Rowling ialah seorang ibu tunggal yang hanya menetap di flat kos rendah sebelum menjadi billionaire.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang merupakan anak melayu terkaya di Malaysia dan dianggarkan memiliki RM 2 billion hanya berpendidikan sehingga ke tingkatan 5 dan bermula dengan membantu ibunya menanam dan menjual sayur.

Mendiang Lim Goh Tong yang hanya membawa RM 2 dari Tanah Besar China dan datang ke Tanah Melayu akhirnya menjadi antara 10 orang terkaya di Malaysia.

Donald Trump menanggung hutang peribadi sebanyak 900 juta usd dan hutang perniagaan hampir 3.5 billion usd pada krisis ekonomi 1990 sebelum dia bangkit dan bebas dari hutang tersebut dan seterusnya menjadi billionaire.

Ramai lagi orang-orang hebat dalam setiap bidang , yang pernah hidup dalam sejarah manusia.

Tahukah anda yang anda tidak ada bezanya dengan mereka.Tidak kira siapa sahaja anda atau apa sahaja latar belakang anda , tidak penting.

Percayalah kata-kata ini “ kita tiada bezanya dengan mereka , kita serupa “

smart educator.............


jersi rasmi team futsal smart educator........ tp yg no 12 tu bile la nak turun main............ hahahahaha.........

kanak-kanak riang..........


kenal kah anda dengan kanak-kanak riang ini?? hehehe.......

pesan atok 9....... fakta menarik.... huhu.......

1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali


3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.


4. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

5. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Wednesday, July 1, 2009

praaaannnnggggg!!!!!


yg selama ini ku impikannnn...... hehehe

pesan atok 8.............. Tip Bagaimana Menjadi Suami Yang Hebat ................

Seorang wanita impikan seorang suami yang hebat yang mampu menjadikan dirinya wanita dan isteri yang paling sempurna di dunia. Justeru bagi anda sang lelaki yang dambakan kebahagiaan rumahtangga, cuba amalkan tip muda ini untuk menjadi suami yang hebat:-

1. Seorang isteri suka melihat suaminya hebat, bukan sahaja dari segi paras rupa malah dari segi kehebatan peribadi, bakat dan kebolehan yang boleh dibanggakan. Justeru jadikan diri anda suami yang paling hebat dari pelbagai segi, penampilan, gaya, kebolehan dan segala-galanya.

2. tegur isteri anda dengan senyuman sambil menyatakan rasa dukacita melihat dirinya. jadikan diri anda penyokong nombor satu isteri anda dan pastikan anda orang yang di harapkan sang isteri dalam apa jua keadaan. Tunjukkan minat anda dan sentiasa bersedia mendengar keluhan, rintihan, mahupun kegembiraan isteri anda.

3. Jangan takut bercerita tentang minat dan hobi anda. jangan bimbang isteri anda berasa bosan mendengarnya kerana seorang isteri pasti merasa seronok dan bangga jika sang suami sudi berkongsi cerita minat , hobi bersama. Seelok-eloknya cari topik yang turut menrik minat isteri anda dan membolehkkan isteri anda turut berkongsi keseronokkannya.

4. Menjakan isteri anda dengan melakukan perkara kecik yang mudah tetapi menyenangkan perasaan si isteri. Cuba mulakan dengan menyediakan sarapan pagi atau gosok badannya sebelum tidut. pati khidmat kecil anda ini mampu menambah rasa kasih dan hormat isteri terhadap anda.

5. Beri ruang kepada isteri anda. Tidak perlu bersemuka 24jam sehari kerana sebagai manusia biasa anda juga perlu sedikit ruang untuk diri sendiri, saudara mara, jiran-jiran mahupun teman-teman, walaupun hanya 10 minit, masa sang isteri bersama teman mahupun saudara terdekat amat berharga buat dirinya. Tindakan anda ini membuatkan si isteri tambah hormat dan kasih kepada anda.

6. Beri kasih sayang sepenuhnya tanpa sebarang syarat. Lupakan segala kesilapan dan kelemahan isteri anda dan berikan kemaafan dan kasih sayang terhadap dirinya

7. isteri anda sepatutnya lebih penting daripada keluarga mahupun teman-teman. Utamakan keperluan dan perasaan isteri anda dalam setiap keputusan yang ingin dilakukan dengan melakukan perbincangan bersama terlebih dahulu.

8. Seks adalah perkara yang amat penting untuk kebanyakan wanita. Ambik berat tentang kesukaan isteri anda. Ingat, anda adalah orang yang mampu membuat isteri anda merasakan dirinya paling seksi.

Tuesday, June 30, 2009

pesan atok 7......... surat cinta

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh!

Friday, May 22, 2009

silat jgn silap.....Langkawi..........hehehehe



Ni plak masa geng2 cucu atok pi langkawai bwk bdk betau......... yg tgh beradu tenaga tu GB cucu atok & kwn cucu atok..... masing2 menunjukkan bakat yg terpendam......... big boss mmg sporting la.... tu silat pengantin namanyer............ hahahaha...........
Yang ni bergambar dpn tampat penginapan......... Twin Peak Island Resort............ budak2 cukup happy dapat gi jalan2........ hehehe

Tuesday, May 12, 2009

pesan atok 6...............Wanita Yang Wajib Dijauhi Oleh Orang Lelaki

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini.

1. Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.
Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.
Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.
Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.
Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.
Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.
Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.
Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.

Friday, April 3, 2009

pesan atok 5......... janji cikgu........

Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam kerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malam bahagia
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurpun selesa

Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat

Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu singguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni
Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk kedalam hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agak kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena
Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup seorang pejuang

Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata.

Friday, March 27, 2009

sewang......... berkebun yak........



Masyarakat OA ni terkenal dgn tarian sewang... ni persembahan masa hari anugerah cemerlang.........




Raja berjiwa rakyat.......... bermesra dengan penari tarian sewang..........

entok iteo.............

Bila hostel x der air............. ni la aktiviti bebudak hostel............ hehehe........


hahahahaha..............

Friday, March 13, 2009

pesan atok 4.... ulamak & peramugari

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki..!

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari jer..

Ulamak: (dengan sifat bersahaja... .) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari,

bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....


*lu pikir la sendiri.......

Friday, March 6, 2009

cucu atok masuk kampung......... hehehe

Cucu atok bersama geng2 cucu yang lain menerjah ke kampung2 mencari budak2 yang hilang...... kami pergi dgn kenderaan rasmi kami iaitu 'motor kapcai' seperti dlm gambar.....hehehe........ budak hilang nih budak yang malas nak pergi sekolah ler........... kitorg cari sampai dapat, buat pendaftaran sekolah kat situ jgk......... paksa diorg pergi sekolah.......... hehehe........ program masuk kampung nih dinamakan program jejak kasih........ kadang2 kesian jgk tgk anak2 masyarakat org asli yg x ke sekolah.......... tapi apakan daya........... itu yang mampu kami buat dalam hutan tu.......... nak heret sorg2 x mampu la plak.......... silap2 kena sumpitan ipoh..........hehehe...........

Tgh daftar nama budak atas motor jer........... meja x der........ maklumla......... dlm hutan............. terimalah seadanyer........ ssh nak kumpul surat beranak bdk2 nih........ kadang2 mak bapak diorg pun x tau yang anak dia sepatutnyer dah sekolah......... adoiii laaa............. bkn per.......... diorg x tau baca sebenarnyer......... nama anak pun x ingat........ mcm2 daaaa...........

dlm perjalanan mcm2 yg berlaku.............. tp dah jadi perkara biasa....... tu motor GPK HEM.....yg pakai cap merah...... nama manja asli dia 'bah kerek' @ 'bah kutik'........ hahaha.........

Monday, March 2, 2009

kongsi2......... pengalaman di pedalaman........hehehe


saja jer........ cucu atok nak kongsi pengalaman masa berada di pedalaman.... motor ini lah yg cucu atok guna setiap hari... gambar ini diambil di RPS Betau, Kuala Lipis Pahang........ pengalaman sukar dicari tetapi mudah dikongsi...........hehehe.......


cucu atok mengenang nasib lepas 'nunggeng nyiur' masa baru balik dari Titom....... hehehehe........ inilah nasib diriku yg malang..... oh Tuhan.......... ;D ;D


Inilah Sk Betau........... tempat cucu atok mula sampai......... di sinilah bermulanya hidup baru....... tanpa elektrik, tanpa air yg sempurna, tanpa perhubungan & tanpa segala2nya.........tapi cucu atok ttp macho jugak sehingga hari ini.......... kuang3......





Ini pulak gambar hostel Sk Betau....... gambar nih cucu atok ambik masa dah pindah ke asrama baru......... dah usang....... itulah tempat cucu atok jaga budak2 hostel masa jadi warden kat sana..... sebelum tu pun rupa hostel mmg dah mcm nih......... pagar tinggi dada ayam jer........itik lompat pun lepas.........hehehe.......apa pun bersyukurlah apa yg ada........... belakang hostel tu ada sungai.......... sungai jelai........ air dia mmg cantik.........makan, minum, mandi kat hostel semua guna air sungai.......... tahap kebersihan............. no komen........ sbb apa?? sbb di sebelah hulu hulu sungai banyak lagi kampung orang asli............... fikir2kan lah.......... hehehe...

Ini plak penempatan anak2 murid......... manyak syok ooooooo tido dlm ini rumah.......... open air........ kalu mlm sejuk giler....... maklumla......... dinding buluh, lantai buluh............. angin masuk atas bawah............. huhuhu..... diorg mmg pandai jaga kawasan........ yg nih mmg bleh puji........ dlm rumah bersih, luar bersih........... cucu atok mmg suka lepak2 kat rumah diorg..... sambil sembang2 ngan org kampung......... x pun p bersukan........ main takraw........... diorg gulung giler2 beb........ dah biasa gulung tikar kot......... hehehe........... kalau diorg libas........ cucu atok lari wooo........ mana bleh tahan......... hahaha..... tapi diorg x tgk lg cucu atok punyer libas....... kalau diorg tgk mesti diorg........ gelak jer...........kihkihkih...........

Sunday, March 1, 2009

pesan atok 3........cucu atok


cucu sulung atok.......... hehehe

pesan atok 2......adik siapa nih........

Doa adik... ( Ada ke adik yg macam ni....??? )


"Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.

Suatu ketika si abang berdo'a memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat dipergunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya bila pergi mengaji. Allah mengabulkannya, tak lama kemudian sebuah kereta dapat dia miliki disebabkan mendapatkan bonus dari perusahaannya bekerja.


Lalu si abang berdo'a memohon seorang isteri yang sempurna, Allah mengabulkannya, tak lama kemudian siabang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik perangai.

Kemudian berturut-turut si Abang berdo'a memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang layak, dan lain-lain dengan tikad supaya bisa lebih ringan dalam mendekatkan diri kepada Allah. Dan Allah selalu mengabulkan semua do'anya itu.

Sementara itu si Adik tidak ada perubahan sama sekali, hidupnya tetap sederhana, tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang dulu dia tempati bersama dengan Abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya sehingga tidak dapat mengikuti pengajian, dan si adik seringkali harus berjalan kaki untuk mengaji kerumah guru mereka.

Suatu saat si Abang merenungkan dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila dia berdo'a menandakan adiknya tidak pernah hafal bacaan untuk berdo'a.

Lalu datanglah ia kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdo'a kepada Allah dan berupaya untuk membersihkan hatinya, kerana dia merasa adiknya masih | berhati kotor sehingga do'a-do'anya tiada dikabulkan oleh Allah azza wa jalla.

Si adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat itu.

Suatu saat ketika si adik meninggal dunia, si abang terasa sedih kerana sehingga sampai akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi dia merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya sehubungan do'anya yang tidak pernah terkabul.

Si abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertuju pada selembar kertas yang
terlipat dalam sajadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan do'a, diantaranya Al-fatihah, Solawat, do'a untuk guru mereka, do'a selamat dan ada kalimah di akhir do'anya:

"Yaa, Allah. tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan Mu, Ampunilah aku dan abang ku, kabulkanlah segala do'a abang ku, bersihkanlah hati ku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat, "
Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya, terharu dan tidak menyangka, ternyata adiknya tak pernah satu kalipun berdo'a untuk memenuhi nafsu duniawinya.


p/s : Renung-renungkan la...

pesan atok 1.........aku kan abang dia.........

Suatu hari azman dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa... Tapi
ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu. Cuaca panas menjadi
lebih panas buat azman kerana tersekat didalam trafic jam

Azman " Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenape
pula sesak hari ni" Isteri " Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja
pembaikan jalan sedang dijalankan, tak pun ada kemalangan ke".
Dengan perasaan marah Azman berkata " Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu
ajelah yang awak tau".
Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin
ramai

berkumpul.
Azman " Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu"
Azman keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai
dan

bertanya apa yang berlaku.
Ada accident la encik. kata sorg mat rempit.
Lalu Azman pun menjerit " Tepi, tepi. Aku abang dia!. Tepiiiii,Akuuuu
abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa! Orang ramai yang berkumpul mula bergerak
memberi laluan sambil berpandang sesama sendiri dengan penuh
persoalan. Dalam hati azman berbangga dan berkata "menjadi juga idea
aku ni" Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah
terkejutnya
azman

matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya
yang kemalangan itu... ........... .
........... ....
........... ......... ...
........... ......... ......... .
........... ......... ......... ........
Azman meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya
Dalam hati dia berkata Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku
SEEKOR MONYET!!

*moralnya : jgn menipu nanti diri sendiri tertipu.......