Friday, July 31, 2009

berita sedih......

pengumuman tutup premis oleh Dr wan utk smart selama seminggu apabila 1 kes H1N1 dikesan....... sedih jgk sbb bdk2 nak trial pmr............ apa pun kita doakan agar semuanya selamat........amin.......

Sunday, July 26, 2009

H1N1........


lebih kurang 100 org pelajar & guru dikenakan ujian saringan H1N1........ doakan semuanya selamat supaya dpt menjalani persekolahan seperti biasa.......... insyaallah........ amin........

Sunday, July 19, 2009

artis popular...... huhuhu

yg nih geng2 old skoll jd artis........ hehehe..... nih mase sambutan ari guru....... just 4 fun........ cayok2 aaahhhh............ hehehe........

Monday, July 13, 2009

pinang kadok......... mieung khum............

Hari ni geng2 old skoll pakat pekena pinang kadok @ mieung khum........... hahahaha.......... yg x penah mkn pn blasah jer......... hehehe.......

Wednesday, July 8, 2009

pesan atok 10............. tahukah anda..........

Einstein yang hanyalah seorang kerani am sebelum mengubah persepsi dunia sains dengan teori-teori sains terpenting di abad ini.

Stephen Hawking seorang ahli saintis yang terunggul abad ini dengan penemuan teori Big Bang walaupun lumpuh kerana menghidap penyakit saraf.

J.K Rowling ialah seorang ibu tunggal yang hanya menetap di flat kos rendah sebelum menjadi billionaire.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang merupakan anak melayu terkaya di Malaysia dan dianggarkan memiliki RM 2 billion hanya berpendidikan sehingga ke tingkatan 5 dan bermula dengan membantu ibunya menanam dan menjual sayur.

Mendiang Lim Goh Tong yang hanya membawa RM 2 dari Tanah Besar China dan datang ke Tanah Melayu akhirnya menjadi antara 10 orang terkaya di Malaysia.

Donald Trump menanggung hutang peribadi sebanyak 900 juta usd dan hutang perniagaan hampir 3.5 billion usd pada krisis ekonomi 1990 sebelum dia bangkit dan bebas dari hutang tersebut dan seterusnya menjadi billionaire.

Ramai lagi orang-orang hebat dalam setiap bidang , yang pernah hidup dalam sejarah manusia.

Tahukah anda yang anda tidak ada bezanya dengan mereka.Tidak kira siapa sahaja anda atau apa sahaja latar belakang anda , tidak penting.

Percayalah kata-kata ini “ kita tiada bezanya dengan mereka , kita serupa “

smart educator.............


jersi rasmi team futsal smart educator........ tp yg no 12 tu bile la nak turun main............ hahahahaha.........

kanak-kanak riang..........


kenal kah anda dengan kanak-kanak riang ini?? hehehe.......

pesan atok 9....... fakta menarik.... huhu.......

1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali


3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.


4. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

5. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Wednesday, July 1, 2009

praaaannnnggggg!!!!!


yg selama ini ku impikannnn...... hehehe

pesan atok 8.............. Tip Bagaimana Menjadi Suami Yang Hebat ................

Seorang wanita impikan seorang suami yang hebat yang mampu menjadikan dirinya wanita dan isteri yang paling sempurna di dunia. Justeru bagi anda sang lelaki yang dambakan kebahagiaan rumahtangga, cuba amalkan tip muda ini untuk menjadi suami yang hebat:-

1. Seorang isteri suka melihat suaminya hebat, bukan sahaja dari segi paras rupa malah dari segi kehebatan peribadi, bakat dan kebolehan yang boleh dibanggakan. Justeru jadikan diri anda suami yang paling hebat dari pelbagai segi, penampilan, gaya, kebolehan dan segala-galanya.

2. tegur isteri anda dengan senyuman sambil menyatakan rasa dukacita melihat dirinya. jadikan diri anda penyokong nombor satu isteri anda dan pastikan anda orang yang di harapkan sang isteri dalam apa jua keadaan. Tunjukkan minat anda dan sentiasa bersedia mendengar keluhan, rintihan, mahupun kegembiraan isteri anda.

3. Jangan takut bercerita tentang minat dan hobi anda. jangan bimbang isteri anda berasa bosan mendengarnya kerana seorang isteri pasti merasa seronok dan bangga jika sang suami sudi berkongsi cerita minat , hobi bersama. Seelok-eloknya cari topik yang turut menrik minat isteri anda dan membolehkkan isteri anda turut berkongsi keseronokkannya.

4. Menjakan isteri anda dengan melakukan perkara kecik yang mudah tetapi menyenangkan perasaan si isteri. Cuba mulakan dengan menyediakan sarapan pagi atau gosok badannya sebelum tidut. pati khidmat kecil anda ini mampu menambah rasa kasih dan hormat isteri terhadap anda.

5. Beri ruang kepada isteri anda. Tidak perlu bersemuka 24jam sehari kerana sebagai manusia biasa anda juga perlu sedikit ruang untuk diri sendiri, saudara mara, jiran-jiran mahupun teman-teman, walaupun hanya 10 minit, masa sang isteri bersama teman mahupun saudara terdekat amat berharga buat dirinya. Tindakan anda ini membuatkan si isteri tambah hormat dan kasih kepada anda.

6. Beri kasih sayang sepenuhnya tanpa sebarang syarat. Lupakan segala kesilapan dan kelemahan isteri anda dan berikan kemaafan dan kasih sayang terhadap dirinya

7. isteri anda sepatutnya lebih penting daripada keluarga mahupun teman-teman. Utamakan keperluan dan perasaan isteri anda dalam setiap keputusan yang ingin dilakukan dengan melakukan perbincangan bersama terlebih dahulu.

8. Seks adalah perkara yang amat penting untuk kebanyakan wanita. Ambik berat tentang kesukaan isteri anda. Ingat, anda adalah orang yang mampu membuat isteri anda merasakan dirinya paling seksi.